Hallo sume. Owh, daku sangat gembira ari ni kerana.......aku dah exam...yeyeyeye..sangat suke...sangat suke sampai terasa nak wat tarian inang lak. (nape tarian inang? coz, aku kan gadis melayu terakhir...ahaks!..) Hari Jumaat ni aku dah boleh balik umah dah. Ada sapa mau ikut aku balik Kemaman?? jom2...ngeh3
Dah, dah abes citer pasal tue. Aku nak ucapkan tahniah kepada blogger yang menang dalam picture contest kat blog cik bulan tu. Sesungguhnya gambar-gambar yang dihantar sume cantik-cantik dan aku rasa segan pulak bile tengok picture aku ada kat situ. Rasa cm x layak jer ibarat macam Bulan dan matahari. (maksudnya ape? ntah aku pun xtaw..lalala). Aku jugak nak ucapkan tenkiu la kepada yang mengundi picture aku. Ada la gak yang mengundi kan...hik3. Kepada Razman, ko jgn nak sebar fitnah aku rasuah ko suh undi aku. Sebab ko yang start rasuah aku dulu. ;p.
ok, actually aku nak tunjuk korang ni....
Apa yang korang nampak pada gambar ni? Satu jari yang menunjuk pada satu note. Ok, inilah adalah lecturer note utk paper terakhir aku td. Tapi bukan ini yang aku nak citer. Sila alihkan pandangn mata kat jari aku tue. Nampak tak ade kesan hitam kat kuku aku? nampak x?
ok, ok...kalo x clear. Cube korang tgk picture kat bawah ni pulak. Aku dah wat close-up, fokus kat gambar jari aku tue.
ha..amacam? dah nampak? ada kesan warna hitam kat jari tu kan. Itu bukan color marker. Ingat aku kanak-kanak lagi ke nak men warna-warna kuku dengan marker. Mesti ade antara korang dulu, masa kecik-kecik dulu korang warna kuku dengan marker, xpun ngan kolor magic, xpun korang gune pensil warna Faber Castle dan dicelup dengan air. Pernah kan? kalo yang xpernah tue, buat-buat la pernah try jugak. ok, sebenarnya tu bukan kesan color marker, tapi tulah kesan lebam akibat tersepit pintu minggu lepas. Sekarang, aku tension kerana kesannya tak hilang walaupun dah x sakit dah. Sangat buruk nampaknya. Aish. Ada sesiapa tahu macam mane nak hilangkan kesan ni??? kawan aku ckp sapu dengan minyak gamat. Aku ni xsuka sangat maen dengan minyak-minyak ni. Minyak dagu pun aku x ingin nak maen apatah lagi minyak gamat. Lagipun, kalo sapukan minyak gamat kat jari, means aku ekna make sure jari aku tidak berada di mulut kerana ia beracun. Mana boleh.! kalo korang nak taw, habit aku before tidur aku akan maenkan jari kat bibir. Pastu baru boleh tidur. Memang sejak dari kecik lagi, aku terbiasa buat macam tu dan sampai lah dah besar ni. Agaknya masa aku kecik, aku andaikan jari aku tu botol susu kot..huhu.
Teringat pulak kata-kata cikgu aku time matrik dulu bile terpandang kaki aku yang cedera dan berbalut.
hoho. Luka di kaki aku dah ok dan tidak meninggalkan kesan pun tapi aku xmahu lah mas kawen aku turun gara-gara kesan lebam di jari aku ni. Pliz..pliz help me....hehe






